suria

Belanjawan 2019 adalah bajet sayangkan rakyat - Liam

Anusha menyambut baik insentif kerajaan untuk Belanjawan 2019.

KUALA LUMPUR: Persatuan Insurans Hayat Malaysia (Liam) berkata Belanjawan 2019 adalah bajet yang bersifat penyayang kerana ia menitikberatkan kesejahteraan rakyat.

Presiden Liam, Anusha Thavarajah (gambar), berkata industri insurans hayat menyambut baik insentif khas yang disediakan kerajaan bagi memenuhi keperluan rakyat serta untuk menjadikan rakyat sebagai masyarakat yang inklusif sepenuhnya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggalakkan pengambilan insurans yang lebih tinggi, di mana pelepasan gabungan cukai telah dibolehkan untuk pencarum KWSP,  insurans hayat atau takaful akan dipisahkan kepada RM4,000 untuk caruman KWSP, RM3,000 bagi takaful atau premium insurans hayat, manakala potongan cukai bagi penjawat awam di bawah skim pencen akan mencecah RM7,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Perlindungan percuma empat penyakit kritikal utama

Menurut LIAM lagi, langkah tersebut akan membolehkan industri insurans hayat memberi fokus sebenar dan menggalakkan individu untuk membeli insurans hayat.

Simpanan dalam KWSP akan memenuhi keperluan persaraan individu manakala insurans hayat akan memastikan bahawa keluarga mereka dilindungi jika ketua keluarga ditimpa musibah.

Berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan dalam Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan Bank Negara Malaysia (BNM) 2016,  kadar penembusan insurans dan takaful hanyalah pada kira-kira 55 peratus sejak lima tahun dalam tempoh berkenaan.

LIAM ketika bercakap mengenai penghapusan pemilikan serentak ke atas polisi-polisi insurans hayat/takaful, berkata hanya 35 peratus penduduk telah diinsuranskan, dan hanya empat peratus isi rumah dalam golongan berpendapatan rendah mempunyai beberapa bentuk perlindungan insurans/takaful.

"Oleh itu, pembahagian KWSP dan pelepasan cukai insurans hayat akan pasti memberi manfaat kepada rakyat dengan menggalakkan mereka untuk membeli insurans hayat bagi diri mereka sendiri serta orang tersayang dan membantu meningkatkan jumlah penduduk Malaysia yang diinsuranskan kepada 75 peratus.

"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana melepaskan duti setem bagi pembelian produk-produk Perlindungan Tenang, yang telah telah dirumus khas untuk belia, keluarga muda dan segmen B40 membeli insurans hayat," kata Anusha.

LIAM juga mengalu-alukan perkongsian awam-swasta seperti yang diumumkan oleh kerajaan, khususnya dalam penubuhan Tabung Perlindungan Kesihatan B40 Nasional bagi menyediakan golongan B40 perlindungan percuma ke atas empat jenis penyakit kritikal mulai 1 Jan 2019. - Bernama

Belanjawan 2019

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain