suria

SPRM siapkan kertas siasatan, dijangka dakwa Mohd Isa

SINGAPURA: Bekas ketua Umno Tan Sri Mohd Isa Samad dijangka akan didakwa berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa berhubung dengan pembelian hotel ketika beliau memegang jawatan pengerusi Felda sebelum ini.

Sumber memberitahu The Straits Times pada Khamis bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalani siasatan terhadap pembelian hotel Istana Merdeka di Kuching pada tahun 2014 dan akan menyerahkannya kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan dalam masa terdekat.

"Sebelum ini bukti yang ada tidak mencukupi (untuk mendakwa) disebabkan akses yang terhad, namun siasatan diteruskan semula apabila bukti baharu muncul," jelas tersebut yang enggan mengulas lanjut.

"SPRM akan mengemukakan kertas siasatan yang lengkap dan serahakan kepada Jabatan Peguam Negara minggu depan."

Sementara itu menurut sumber lain, SPRM juga sedang meneliti beberapa pertuduhan lain terhadap Mohd Isa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, atas dakwaan penyalahgunaan kuasa.

"Peguam Negara Tommy Thomas diberi taklimat mengenai kes itu ... dua hari yang lalu," kata sumber itu tersebut pada Jumat.

Istana Merdeka adalah sebuah hotel bertaraf lima bintang yang memiliki 213 bilik, dibeli oleh Felda Investment Corporation dengan harga RM160 juta meskipun nilai sepatutnya yang direkodkan adalah RM110 juta.

Mohd Isa, bekas Menteri Besar Negri Sembilan, bertanggungjawab ke atas Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada tahun 2011.

Beliau meletak jawatan Januari tahun lalu selepas agensi itu dan anaknya syarikatnya Felda Global Ventures menanggung bebanan hutang dan mengalami kerugian.

Hutang Felda berjumlah RM8 bilion pada akhir Jun tahun ini. -The Straits Times

Mohd Isa, Felda

Artikel Lain