suria

Pasukan Selangor Red Giants jadi pilihan AS Roma

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) atau FA Selangor dinamakan sebagai "Pasukan Hari Ini" oleh kelab bola gergasi AS Roma pada Isnin.

Menerusi siri Twitter, Roma mengiktiraf pasukan bola sepak dari seluruh dunia secara tetap, menonjolkan pencapaian dan pengumuman calon-calon.

Pasukan seperti Rozen Rovers FC dari Jersey, Perth Glory FC dari Australia dan FC boca Gibraltar dari Gibraltar sebelum ini dipilih Roma.

"Pasukan #ASRoma hari ini adalah @FASelangorMy dari Malaysia. Pemenang gelaran liga enam kali, kelab itu diberi jolokan Red Giants dan sama seperti Roma berkongsi warna kuning dan merah, FA Selangor berbangga dengan warna negari mereka - merah untuk keberanian dan kuning untuk diraja," tulis kelab Itali di Twitter bersama emotikon bendera Malaysia.

Posting itu diulang kicau lebih 2,000 kali, dan juga mendapat maklum balas daripada akaun Twitter rasmi FAS.

"Terima kasih @ASRomaEN untuk penghormatan, pujian dan pengiktirafan.

"Tahap ditetapkan tinggi, dan kami mempunyai lebih banyak alasan untuk terus memakai warna merah dan kuning dengan kebanggaan," balas Red Giants.

AS Roma, FAS

Artikel Berikut

Zainuddin Maidin dirawat di ICU

Artikel Lain