PETALING JAYA: Agensi bebas atau pasukan tindakan khas harus memantau perbelanjaan kerajaan berkaitan Belanjawan 2019, kata penganalisis polisi kanan di Institut Kepimpinan dan Strategi Asia untuk Pusat Penyelidikan Polisi Awam, Jarren Tam. "Kitaran belanjawan itu tidak lengkap. "Kita kurang kajian semula dilakukan pada hujung tahun untuk melihat sama ada peruntukan Belanjawan 2019 telah dilaksanakan pada tahun 2019," kata beliau. Tambah Jarren, pembaharuan diperlukan apabila ia membabitkan hal berkaitan ketelusan dalam perbelanjaan kerajaan. Akta Tanggungjawab Fiskal dan Akta Perolehan Kerajaan yang baru diumumkan akan memperbaiki isu tersebut, namun lebih banyak yang boleh dilakukan. Jarren mencadangkan, semua kementerian menerbitkan akaun mereka, sama seperti syarikat yang tersenarai di bursa saham. "Itu duit cukai rakyat. Hak kita untuk tahu ke mana duit itu pergi," ujarnya. Untuk maklumat lanjut anda boleh ikuti perkembangan yang disediakan oleh Newsflash. Newsflash adalah sebuah siri penjelasan oleh R.AGE yang mengkaji dan membincangkan isu-isu semasa. Tonton siri penuh di sini. Majlis konvokesyen tersebut berlangsung selama tiga hari bermula 10 hingga 12 November.