suria

Umno tetap pilih Mohamad Hassan untuk bertanding di Rantau - Ahmad Zahid

Presiden Umno, Ahmad Zahid memberitahu Mohamad dinamakan sebagai calon PRK DUN Rantau.

PETALING JAYA: Umno akan menamakan Datuk Seri Mohamad Hasan untuk bertanding di kerusi DUN Rantau pada pilihan raya kecil, kata presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 untuk kerusi tersebut pada Jumaat sudah dijangka dan jentera Barisan Nasional (BN) akan diaktifkan sepenuhnya untuk pilihan raya kecil yang akan diadakan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemenangan bekas MB Negeri Sembilan di DUN Rantau tidak sah, terbatal

ARTIKEL BERKAITAN: Bersih 2.0 mahu pegawai pengurus SPR DUN Rantau didakwa

"Walaupun kita menghadapi banyak halangan dan cabaran, kerusi Rantau mesti dipertahankan. Bagi kebanggaan dan kesinambungan kita, biarkan Umno/BN bersatu," katanya menerusi tweet yang dimuat naik pada Jumaat.

Mahkamah Khas Pilihan Raya memutuskan keputusan itu sebagai tidak sah dan membatalkan kemenangan tanpa bertanding Mohamad semasa PRU14 pada 9 Mei.

Mahkamah Khas Pilihan Raya pada Jumaat memutuskan kemenangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau adalah tidak sah dan terbatal.

Hakim Datuk Azimah Omar membuat keputusan itu di sini pagi Jumaat selepas berpuas hati dengan hujah barisan peguam pempetisyen Dr S. Streram dan peguam responden, yang berlangsung selama 12 hari melibatkan 19 saksi perbicaraan.

Azimah dalam penghakimannya berkata tidak wujud sebarang undang-undang pilihan raya yang menyatakan tag atau pas masuk diperlukan oleh calon, pencadang dan penyokong untuk mengemukakan borang pencalonan. - The Star

DUN Rantau

Artikel Lain