KUALA LUMPUR: Polis telah menahan pengasuh kepada dua bayi lelaki dipercayai didera semasa di taska, di Kapar, Klang, Sabtu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata wanita berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5.45 petang. “Siasatan lanjut melibatkan penderaan dua bayi di taska itu sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan. Pada Jumaat, beberapa media melaporkan polis sedang mencari seorang wanita yang beralamat di Bandar Baru Bangi bagi membantu siasatan kes dua bayi lelaki dipercayai didera pengasuh mereka di sebuah taska di Desa Saujana Kajang dekat sini. Menurut laporan, sepasang suami isteri mendapati bayi mereka yang baru berumur lima bulan muntah-muntah sebaik tiba dirumah selepas dibawa pulang dari taska berkenaan, manakala satu lagi pasangan yang turut menggunakan khidmat taska sama mengesyaki bayi mereka berumur tujuh bulan didera kerana terdapat kesan lebam di leher bayi itu.-Bernam