suria

Kerajaan tak mampu ada terlalu banyak agensi - Tun M

PETALING JAYA: Kerajaan tidak mampu untuk mempunyai terlalu banyak agensi dengan pembiayaan daripada sumber yang tidak diketahui, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Walaupun ia adalah agensi kerajaan, ia dipergunakan dan disalah gunakan oleh sebuah parti (politik). Kita perlu menutupnya," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan.

"Bila kita tutup agensi-agensi ini, ramai pegawai dan kakitangan akan dikurangkan," kata pengerusi Pakatan Harapan.

"Kita tidak tahu daripada datangnya wang mereka. Kita tidak 'curi' wang, kerana kita hanya bergantung kepada sumber pendapatan kerajaan. Kita tidak mampu belanja banyak," katanya.

Dilaporkan pada Julai lalu, sekurang-kurangnya tujuh agensi di bawah Kementerian Kewangan akan dibubarkan, terutama berkaitan dengan pembangunan ekonomi.

Agensi-agensi tersebut termasuk Ministry of Finance Inc (MoF Inc); Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA); Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS); Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER); Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC); dan Pihak BerkuasaPembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA).

Mei lalu, Dr Mahathir mengumumkan bahawa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan beberapa agensi kerajaan lain yang dianggap sebagai "politik" atau "tidak penting" akan dimansuhkan atau dipindahkan - termasuk Majlis Profesor Negara (MPN), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dan Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO). - The Star

Dr Mahathir Mohamad

Artikel Lain