suria

Tun M buat 'spot check' Himpunan ICERD?

Video yang dikatakan Tun M memandu dan meninjau kawasan sekitar Kuala Lumpur selepas Himpunan ICERD berakhir.

KUALA LUMPUR: Sebuah video yang menunjukkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memandu kereta di sekitar Kuala Lumpur selepas Himpunan ICERD berakhir, menjadi tular di media sosial.

Video yang berdurasi 1 minit itu memperlihatkan Dr Mahathir memandu kereta jenis Proton, berdasarkan logo yang tertera di stereng kereta berkenaan.

Tiada kenyataan direkodkan dalam video berkenaan, cuma bunyi siren dari pengiring polisnya boleh didengar dalam video berkenaan.

Berdasarkan pemerhatian, Dr Mahathir memandu di sepanjang Jalan Sultan Ismail dan kemudian ke Jalan Raja Chulan.

Jarak itu adalah 2 KM dari Dataran Merdeka di mana perhimpunan ICERD diadakan.

Himpunan ICERD yang berakhir petang tadi berlangsung aman tanpa berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. - Sinar Harian

Dr Mahathir Mohamad, ICERD

Artikel Lain