suria

Lelaki berjersi Manchester United ceroboh MRT, punca tren alami kelewatan

POLIS bantuan RapidKL menahan seorang lelaki yang disyaki mencuri kabel di stesen MRT pada Rabu selepas suspek memasuki trek dan menyebabkan kelewatan perkhidmatan berlaku.

Melalui posting di Facebook, RapidKL berkata perkhidmatan kereta api biasa sudah beroperasi semula dan meminta maaf atas sebarang ketidakselesaan yang terjadi.

Pengendali perkhidmatan MRT juga menyiarkan gambar lelaki yang ditangkap itu, namun wajahnya dikaburkan.

Lelaki terbabit memakai pakaian yang kelihatan seperti jersi Manchester United.

Terdahulu, RapidKL berkata mereka mengalami gangguan kerana diceroboh di antara stesen Pusat Bandar Damansara dan Phileo Damansara.

Beberapa penumpang mengadu bahawa mereka mengalami kelewatan perjalanan. - The Star

MRT

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan