PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun menyatakan bahawa beliau bersedia untuk berundur sekiranya rakyat tidak berpuas hati dengan prestasinya. Azhar membuat komen tersebut di Twitter pada Jumaat (24 Januari), hanya sehari sebelum hari mengundi pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands diadakan. "Saya membiarkan 30 juta rakyat Malaysia menilai saya dan SPR," katanya. "Dan jika majoriti tidak berpuas hati dengan saya atau SPR di bawah saya, sila beritahu anggota Parlimen untuk mengundi membantah saya di Parlimen. "Saya akan meletakkan jawatan tanpa syarat sekiranya terdapat undi seperti itu. Itu janji saya," katanya. I will let 30 million Malaysians to judge me and SPR. And if the majority is not happy with me or SPR under me, pls tell the MPs to vote against me in the Parliament. I will resign without condition if there is such a vote. That's my solemn promise. https://t.co/tCtfBQJHLs — Art Harun V 2.0 (@art_harun) January 24, 2019 Azhar yang lebih dikenali sebagai Art Harun, dikritik susulan keputusan SPR untuk menutup beberapa pusat mengundi, dipercayai kubu kuat Barisan Nasional (BN), lebih awal berbanding yang lain. Beliau juga dikritik kerana didakwa tidak mengambil tindakan terhadap dakwaan kesalahan Pakatan Harapan dalam kempen PRK Cameron Highlands. - The Star