suria

Ramli cipta sejarah Orang Asli pertama jadi Ahli Parlimen

CALON Barisan Nasional (BN) Ramli Mohd Nor mencipta sejarah sebagai Orang Asli pertama menjadi Ahli Parlimen berikutan kemenangannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands dengan majoriti 3,238 undi.

Bekas pegawai tinggi polis dari suku Semai itu memperolehi 12,038 undi daripada 89 saluran.

Kejayaan itu menyaksikan Ramli mengetepi tiga calon lain  iaitu M Manogaran (PH) 8,800 undi, Sallehuddin Ab Talib (Bebas) dengan 314 undi dan Wong Seng Yee (bebas) 276 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Cameron Highlands, Datuk Ishak Md Napis di Dewan Sultan Ahmad Shah, tanah Rata pukul 8.30 malam Sabtu.

Dalam pada itu, sebanyak 568 kertas undi ditolak dan 23 kertas undi tidak dikembalikan. -Sinar Harian

BN, PRK, Cameron Higlands

Artikel Lain