suria

Segera jejak, ambil tindakan individu biadab hina Yang di-Pertuan Agong - MB Pahang

TINDAKAN individu tertentu menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui media sosial disifatkan sebagai perbuatan biadab pada tahap paling buruk dan pengkhianat kepada kedaulatan institusi diraja.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri memandang serius gelaja itu dan menggesa pihak berkuasa khususnya polis supaya mengambil tindakan tegas dengan segera terhadap sipelakunya.

Menurutnya, tindakan itu perlu sebagai tindak-balas kepada laporan polis yang dibuat pelbagai pihak berkaitan kebiadaban individu ini.

"Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga diharap dapat membantu menjejaki pemilik akaun Facebook berkenaan.

"Gunakan segala kuasa yang ada untuk mengesan individu terlibat dan dikenakan hukuman setimpal atas kebiadaan yang dilakukan," katanya.

Wan Rosdy berkata, untuk tindakan jangka panjang, kerajaan negeri mencadangkan agar digubal undang-undang khusus dengan hukuman lebih berat seperti mana undang-undang Les Majeste di Thailand.

"Undang-undang ini perlu mula dibincang secara serius untuk diperkenalkan di negara ini bagi membendung gejala ini daripada berterusan," katanya.-Sinar Harian

Agong, Sultan Abdullah, Wan Rosdy

Artikel Berikut

Artikel Lain