suria

Aliran trafik beberapa lebuh raya utama perlahan

Foto Bernama

ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor perlahan setakat 12 tengah hari Khamis.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik di bahagian utara bergerak perlahan dari arah tol Sungai Besi menuju pusat bandar raya dan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar.

“Aliran trafik turut dilaporkan perlahan dari Ipoh Selatan ke Simpang Pulai dan dari Sungkai menuju Slim River.

“Sementara itu, di bahagian selatan pula, aliran trafik tinggi di Bangunan Sultan Iskandar dari Singapura ke Malaysia. Kesemua aliran trafik perlahan disebabkan pertambahan jumlah kenderaan  ,” katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilapor lancar setakat ini.

“Trafik hanya dilapor bergerak perlahan dari MRR2 ke susur masuk Plaza Tol Gombak dan dari Gombak di KM 34 ke Genting Sempah,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

aliran trafik

Artikel Lain