suria

Trafik menuju ibu negara kembali perlahan

ALIRAN trafik dilaporkan perlahan di beberapa lebuh raya utama setakat 6 petang ini berikutan orang ramai pulang dari kampung selepas cuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik perlahan sejauh sembilan kilometer dari Terowong Genting Sempah menuju Plaza Tol Gombak berikutan pertambahan jumlah kenderaan.

"Bagaimanapun, aliran trafik dilapor bergerak lancar di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata trafik perlahan dari Bidor ke Sungkai dan Bukit Beruntung ke Rawang.

Maklumat trafik terkini boleh didapati menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter, www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter, www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

trafik

Artikel Lain