KETUA Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa nyaris diserang oleh penyokong Barisan Nasional (BN) selepas penamaan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih. Kejadian itu dikatakan berlaku pada pukul 11.05 pagi Sabtu (16 Februari) ketika beliau berjalan kembali ke keretanya selepas pengumuman calon. Seorang pegawai bersama dengan Syed Saddiq berkata, pada mulanya penyokong BN hanya mengejeknya. "Bagaimanapun, mereka mula datang ke arah kami dan semakin dekat. "Pegawai-pegawai beliau terpaksa tampil untuk menghalang mereka, dan beberapa anggota polis juga terpaksa mengawal keadaan. "Mereka bukan sahaja membuat rovokasi terhadap beliau, mereka kelihatan seperti mereka mahu menyerang," katanya. Pegawai itu juga mendakwa ada segelintir orang ramai menolak anggota polis berpakaian biasa yang campur tangan. "Mungkin mereka tidak tahu bahawa mereka adalah anggota polis," katanya. Bagaimanapun katanya, tiada sesiapa yang dapat menyerang Menteri Belia dan Sukan itu secara fizikal. Video di akaun Twitter Syed Saddiq menunjukkan beliau yang diiringi oleh anggota polis ke keretanya, diekori ramai penyokong BN. - The Star