suria

AirAsia BIG, Kiwi.com tawar cara cepat raih mata

AIRASIA BIG menjalin kerjasama dengan Kiwi.com, agensi pelancongan dalam talian, untuk menawarkan kepada ahlinya peluang meraih mata bagi semua tempahan tiket dan jadual perjalanan bukan penerbangan AirAsia.

Dalam kenyataan pada Rabu,  AirAsia BIG berkata di bawah perkongsian itu, ahlinya diberikan ruang untuk mengakses pelbagai pilihan bagi penerbangan, bukan sekadar rangkaian  AirAsia tetapi juga semua syarikat penerbangan dalam Kiwi.com.

“Selain itu, ahli BIG yang menempah penerbangan dengan Kiwi.com menerusi laman web atau aplikasi mudah alih  AirAsia BIG akan mendapat satu mata BIG Points bagi setiap RM2 yang dibelanjakan,” katanya.

Untuk memulakan perkongsian itu, ahli AirAsia BIG diberi peluang untuk memenangi sebanyak satu juta mata BIG Points bagi semua penerbangan yang ditempah dengan Kiwi.com menerusi laman web atau aplikasi mudah alih AirAsia BIG antara 25 Februari dan 31 Mac, 2019.

Sepuluh Ahli BIG dengan jumlah belanja tertinggi dalam satu transaksi akan memenangi hadiah sehingga 500,000 mata BIG.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia BIG Spencer Lee berkata di bawah perkongsian itu, faedah ahli BIG akan bertambah banyak dan lebih baik, memandangkan syarikat akan terus membangunkan dan mengintegrasikan lebih banyak tetamu yang obses kepada perkhidmatan dan produk pelancongan dan gaya hidup.

"Perkongsian ini akan membolehkan kami berusaha keras untuk menyediakan cara baharu meraih mata BIG Points dan kami akan berkongsi lebih banyak ciri dan tawaran lebih menarik untuk ahli pada bulan-bulan akan datang,” katanya.-Bernama

AirAsia BIG, Kiwi.com

Artikel Lain