suria

Biar betul? Ramai tak percaya pengumuman menteri mengenai kereta terbang

Gambar hiasan.

“SEMBANG kencang…” nampaknya menjadi komen segelintir rakyat Malaysia mengenai kereta terbang pertama Malaysia yang dimaklumkan oleh Datuk Seri Redzuan Md Yusof.

Pada Selasa, Menteri Pembangunan Usahawan itu memberitahu, prototaip kereta tersebut sudah ada dan dijangka diperkenalkan kepada awam tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Prototaip kereta terbang pertama Malaysia diperkenal tahun ini

Bagaimanapun, menerusi komen yang dipaparkan di halaman Facebook The Star, nampaknya ramai yang berasa ragu mengenainya, dengan menyifatkan ia sebagai mustahil.

Pengguna Owners Club berkata: “Dear Menteri, it's too early for April Fool's (Wahai Menteri, tertalu awak untuk April Food).”

Haven't learned how to crawl, already want to learn how to fly (Belum lagi belajar merangkak, sudah mahu belajar untuk terbang),” kata pengguna Facebook, Sony Liew.

Seorang individu membuat rujukan kepada peraturan di negara ini mengenai menerbangkan dron: “You have so many rules for flying drones... Flying cars? (Anda mempunyai banyak peraturan untuk menerbangkan dron... kereta terbang?” kata pengguna, Acoi Mat Noh. 

Walaupun terdapat keraguan dalam kalangan rakyat Malaysia, kereta terbang kelihatan hampir menjadi kenyataan di seluruh dunia.

Dilaporkan pada 2018, syarikat pengangkutan terkemuka Uber Technologies Inc telah bekerjasama dengan NASA, membekalkan maklumat kepada agensi supaya dapat mensimulasikan pesawat penumpang yang kecil.

Turut dilaporkan pada tahun lalu, Uber mengumumkan bahawa ia akan membuka ‘Advanced Technologies Center’ di Paris, yang akan menjadi hab pembangunan untuk projek kereta terbangnya, iaitu Uber Elevate.

Terdapat beberapa pihak yang positif mengenai pengumuman tersebut.

“Ia mengambil masa yang lama untuk diwujudkan. Banyak kajian kebolehlaksanaan yang perlu dilakukan sebelum dapat melaksanakan rancangan tersebut... bersabar,” kata Mohd Ariff.

Seorang lagi pengguna, Mohd Redzuan berkata, projek kereta terbang adalah satu cara bagi kerajaan mewujudkan persekitaran yang mendorong orang untuk berfikir mengenai teknologi baharu.

Jelasnya, ia adalah ‘sasaran yang realistik’ kerana Malaysia sudah mempunyai teknologi.

“Ini semua mengenai kepantasan dari segi pelaksanaan. Kita menyediakan pemangkin dan ekosistem untuk merangsang rakyat untuk berfikir melebihi apa yang kita lakukan hari ini,” katanya.

Bagaimanapun, ramai pengguna Facebook terus berasa sangsi, dengan mengatakan bahawa negara seharusnya menyelesaikan ‘masalah semasa’ sebelum melihat terlalu jauh ke masa depan.

“Kita seharusnya terlebih dahulu menyelesaikan masalah nombor satu Malaysia - kerosakan tingkap kuasa," kata pengguna, Adzwan Ab Manas. - The Star

kereta terbang, Redzuan Md Yusof

Artikel Lain