suria

PRK DUN Rantau 13 April

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Kecil (DUN) Rantau akan diadakan pada 13 April ini.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, penamaan calon pula ditetapkan pada 30 Mac, manakala tarikh mengundi awal pada 9 April.

Pengumuman berkaitan kerusi N27 itu dibuat Azhar selepas mempengerusikan mesyuarat khas hari ini.

"Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga jam 11.59 malam pada 12 April.

"Bagi urusan permohonan undi pos luar negara dan dalam negara, tarikh buka serta tarikh tutup permohonan adalah pada 6 Mac dan 28 Mac ini," katanya dalam sidang media hari ini di Putrajaya.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, SPR akan menggunakan Daftar Pemilih Induk Tahun 2018 yang dikemaskini sehingga 25 Februari 2019 membabitkan 20,926 yang terdiri daripada 20,804 pengundi biasam, 118 pengundi awal dan empat pengundi tidak hadir luar negara.

Beliau berkata, Pegawai Daerah Seremban, Mohd Nizam Tajul Arus dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang akan dibantu empat Penolong Pegawai Pengurus, selain SPR bersetuju menubuhkan Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) bagi memantau perjalanan kempen PRK berkenaan.

"SPR akan menggunakan Dewan Serbaguna, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Bandar Sri Sendayan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi.

"Seramai 515 petugas dilantik bagi membantu proses pengendalian PRK DUN Rantau dan sebanyak 16 pusat mengundi yang mengandungi 55 saluran yang digunakan untuk kemudahan pengundi," katanya.

PRK DUN Rantau adalah PRK ke tujuh diadakan selepas PRU-14.

Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 November lalu mengisytiharkan kemenangan calon BN yang juga Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan pada PRU-14 bagi DUN Rantau terbatal dan tidak sah.

Bagaimanapun, bulan lalu, Mahkamah Persekutuan menolak petisyen yang difailkan Mohamad untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, sekali gus membuka laluan untuk PRK diadakan di DUN Rantau.-SinarHarian


PRK, SPR, Rantau

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain