suria

"Saya tak buat" - Samirah mengaku tidak bersalah

"TAK bersalah, saya tak buat," kata balu Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Samirah Muzzafar yang didakwa membunuh suaminya, Nazrin Hassan, Jun lalu.

Samirah, 44, yang berada di kandang pesalah berkata demikian selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selasa.

Dua remaja masing-masing berusia 13 dan 16 tahun yang berada di luar kandang pesalah juga mengangguk faham terhadap pertuduhan dan mengaku tidak bersalah.

Pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap kesemua tertuduh.

Samirah selaku orang kena tuduh (OKT) pertama dan dua remaja itu masing-masing OKT kedua dan ketiga serta seorang lagi masih bebas warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari didakwa telah mencapai niat bersama-sama melakukan pembunuhan yang menyebabkan kematian Nazrin.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Mutiara Damansara, dekat sini pada jam 11.30 malam, 13 Jun dan 4 pagi pada 14 Jun 2018.-SinarHarian

Samirah, Cradle Fund, Nazrin

Artikel Lain