suria

SPRM tahan setiausaha politik terima jam RM28,000

SEORANG setiausaha politik seorang menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin kerana disyaki menerima suapan berbentuk seutas jam tangan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM28,000.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 47 tahun tersebut ditahan pada kira-kira pukul 5 petang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.

“Siasatan awal mendapati lelaki terbabit dipercayai menerima jam tangan mewah itu sebagai dorongan membolehkan sebuah syarikat pembangunan mendapatkan projek-projek di bawah kelolaan sebuah kementerian,” kata sumber berkenaan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Tambah sumber tersebut, SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Putajaya pagi Selasa. - BERNAMA

SPRM, setiausaha politik, rasuah

Artikel Lain