suria

Wanita tikam kemaluan awek suami selepas seks bersama dipenjara lapan tahun

SEORANG wanita yang mencederakan kemaluan kekasih gelap suaminya dengan sebilah pisau selepas mereka selesai melakukan hubungan seks bersama akhirnya dipenjarakan selama lapan tahun.

Mahkamah Sesyen di Sibu menjatuhkan hukuman penjara itu kepada Ting Hai Hua, 46, selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan tersebut.

Wanita yang bekerja sebagai pelayan kedai kopi itu didakwa sengaja menyebabkan kecederaan serius kepada mangsa, satu kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Suaminya, Maram Lebang, 29, juga dipenjarakan selama tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di Sibu selepas mengaku bersalah mengadakan perhubungan seks dengan wanita lain yang sudah berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tikam awek suami selepas setuju seks bersama

The Star sebelum ini melaporkan seorang wanita ditahan kerana mencederakan kekasih gelap suaminya selepas melakukan seks bersama.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata dalam insiden kira-kira pukul 9 malam pada 24 Mac lalu, suami Hai Hua bersetuju menjemput teman wanitanya ke rumah sewa mereka di Jalan Lajong, Sibu untuk berbincang mengenai hubungan cinta tiga segi mereka.

"Suspek berjanji tidak melakukan apa-apa. Ketika mangsa tiba di rumah sewa itu, ketiga-tiga mereka berborak dalam keadaan gembira.

"Lelaki itu kemudian minum alkohol manakala dua wanita itu pula sekadar minum minuman ringan.

"Ketiga-tiga mereka kemudian bersetuju untuk melakukan seks bersama," katanya.

Selepas lelaki itu melakukan hubungan seks dengan isterinya, suspek memberitahu dia mahu pergi ke tandas.

"Lelaki itu kemudian meneruskan hubungan seks dengan mangsa ketika suspek datang ke dalam bilik dengan membawa sebilah pisau lalu menikam mangsa," katanya.

Stanley berkata lelaki itu bergegas keluar dari rumah mereka dan memberitahu adiknya yang turut menyewa di bilik lain di dalam rumah itu untuk mengejar suspek.

Suspek kemudian berjaya ditangkap dan diserahkan kepada polis.

Jelas Stanley, pasangan tersebut berkahwin mengikut adat tradisi dan sudah tinggal bersama selama tujuh tahun.

tikam, kekasih gelap, kemaluan

Artikel Lain