suria

Polis trafik terpelanting dirempuh kereta mewah sewaktu kawal lalu lintas

Paparan skrin rakaman sewaktu kejadian.

SEORANG anggota polis cedera apabila dirempuh sebuah kereta sewaktu dia bertugas mengawal trafik di persimpangan Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur.

Dalam insiden pada pukul 8.11 pagi, Selasa, dia sedang bertugas di persimpangan itu yang terletak berhampiran Dataran Merdeka.

Secara tiba-tiba, sebuah kereta mewah berwarna coklat merempuh anggota tersebut sehingga dia terpelanting beberapa meter.

Rakaman kejadian tular di media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pihaknya bernasib baik apabila anggota itu hanya mengalami kecederaan ringan.

Tambahnya, anggota itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

"Pemandu itu pelajar universiti swasta berusia 25 tahun dibawa ke balai berdekatan untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. - The Star.

polis trafik, kemalangan, cedera

Artikel Lain