suria

Wow! Buat pertama kali... 3 penulis Malaysia disenarai pendek Hadiah Cerpen Komanwel

Lokman merupakan penulis cerpen bertajuk Pengap, disenarai pendek bagi Hadiah Cerpen Komanwel 2019.

BUAT pertama kali, dua cerpen karya tiga rakyat Malaysia telah disenarai pendek untuk Hadiah Cerpen Komanwel, pertandingan penulisan cerpen terunggul di dunia.

Penganjuran buat kali kelapan itu, Hadiah Cerpen Komanwel diadakan setiap tahun untuk mengiktiraf karya fiksyen terbaik.

Mereka disenarai pendek daripada 5,081 penyertaan dari 50 negara Komanwel, dan ia termasuk dua terjemahan dalam bahasa Inggeris, satu dari bahasa Greek dan satu dari bahasa Melayu.

Cerpen dalam bahasa Melayu berjudul Pengap, ditulis oleh Lokman Hakim dan ditermahkan dalam bahasa Inggeris oleh Adriana Nordin Manan, dan My Mother Pattu oleh Saras Manickam disenarai pendek untuk 21 cerpen bagi Hadiah Cerpen Komanwel 2019.

"Macam tidak percaya ia menjadi kenyataan. Dengan lebih 5,000 penyertaan dan setiap penulis hanya boleh menghantar satu cerpen, peluang untuk disenarai pendek ikut nasib. Saya sekadar hantar cerpen saya dan sampai terlupa mengenainya," kata Lokman berusia 35 tahun.

Lokman merupakan penulis beberapa buku, termasuk novel, himpunan cerpen dan puisi.

Adriana menterjemahkan karya Pengap ke bahasa Inggeris.

Dia bekerja sebagai jurutera infrastruktur di sebuah syarikat pembinaan. 

Cerpennya bertajuk Pengap yang asalnya ditulis dalam bahasa Melayu, adalah gambaran mengenai 'kepompong', yang diceritakan oleh satu watak yang enggan berpindah yang sesak.

Adriana, 35, yang merupakan penterjemah cerpen berkata, dia teruja kerana disenaraikan dalam kalangan penulis-penulis dari Malaysia bagi pertandingan itu tahun ini.

"Saya fikir ia hebat dan perangsang untuk penulisan tempatan. Bagi saya secara peribadi, ia merupakan satu penghormatan kerana turut terlibat," katanya.

Adrianan merupakan penulis, penulis drama, penterjemah dan penyelidik, fasih dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Sepanyol.

Karya Saras turut disenarai pendek bagi Hadiah Cerpen Komanwel 2019.

Saras berkata, dia tergamam apabila mengetahui karyanya turut disenarai pendek.

"Saya amat gembira. Apa yang boleh kamu katakan mengenai perkara seperti ini? Saya terharu. Saya fikir terdapat pelbagai kisah di sekeliling kita, dan sebagai penulis, kita perlu berhenti dan mendengarnya," kata Saras yang merupakan guru dan penulis sambilan.

Karyanya berjudul My Mother Pattu mengisahkan tentang seorang ibu yang iri hati dan dengki terhadap anak perempuannya yang mendapati tiada siapa yang dapat melindungi dirinya kecuali dirinya sendiri.

Lokman, Saras dan Adriana dicalinkan di bawah kategori rantau Asia bagi Hadiah Cerpen Komanwel 2019. 

Dalam pusingan senarai pendek, cerpen akan dipilih oleh panel antarabangsa yang terdiri daripada lima juri, mewakili rantau Komanwel iaitu Asia, Afrika, Pasifik, Caribbean dan Kanada/Eropah.

Juri akan memilih satu cerpen untuk dimenangi bagi setiap rantau Komanwel, dan keputusannya akan diketahui pada 9 Mei depan.

Seorang pemenang akan dipilih dan diumumkan dalam satu majlis di Quebec, Kanada pada 9 Julai.

Pemenang Hadiah Cerpen Komanwel akan menerima hadiah wang tunai £5,000 (RM26,770), manakala pemenang bagi setiap rantau menerima £2,500 (RM13,385). - The Star

Artikel Lain