suria

Pendaki Malaysia terkandas di Gunung Annapurna ditemui selamat

Chin Wui Kin diterbangkan ke sebuah hospital di Kathmandu pada Jumaat.

SEORANG pendaki Malaysia yang terkandas selama dua malam di sebuah gunung di Nepal berjaya diselamatkan, kata penganjur ekspedisi.

Menurut pakar pendakian, ia merupakan satu keajaiban yang mana mangsa, Chin Wui Kin, 48, masih boleh bertahan dalam keadaan sejuk melampau di Gunung Annapurna dalam tempoh yang lama.

Chin menawan puncak pergunungan Himalaya yang berketinggian 8,100 meter pada Selasa, namun gagal pulang ke kem terdekat, satu kilometer di bawah puncak itu bersama ahli kumpulannya.

Sebuah helikopter penyelamat mengesan Chin melambai dari cerun salji pada awal Khamis, kata penganjur.

"Pasukan kami mendapati dia hidup. Dia sedar.

"Mereka beri dia sedikit air,' ujar Thaneshwor Guragain dari Seven Summit Treks kepada AFP.

Menurut Reuters, Chin yang juga pakar bius tiba di puncak itu bersama 31 pendaki antarabangsa pada Selasa.

Dia diterbangkan ke sebuah hospital di Kathmandu pada Jumaat. - The Star.

Artikel Lain