suria

Aplikasi NGO Negaraku lebar sayap bantu golongan pelajar IPTA

Dr Zamri (lima dari kiri) bersama Pengerusi Manforce Berhad Datuk Paul Wong (tengah) pada majlis Memperkenalkan Platfom dan Program NGO Negaraku Buy & Save -CSR -Smart Partnership Jumaat lalu.

SEDAR atau tidak era digital pada hari ini sudah menguasai pelbagai bidang memandangkan ianya lebih mudah, pantas dan paling penting mempunyai manfaat tersendiri.

Namun tidak semua platform digital yang ada hari ini memberi manfaat sepenuh kepada pengguna, khususnya golongan yang memerlukan keseimbangan dalam perbelanjaan harian.

Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) yang sebelum ini aktif dalam menyebarkan penggunaan digital menerusi Mobile App NGO Negaraku terus melebarkan sayap dengan memperkenalkan program ‘Buy and Save Smart Partnership' kepada pelajar-plajar Institusi Pengajian Awam (IPTA).

ARTIKEL BERKAITAN: Buat Pembelian, Kebajikan Dengan Kad NGO Negaraku

ARTIKEL BERKAITAN : NGO Negaraku bantu penduduk bijak berbelanja

“Program ini sedang mengumpul penyertaan syarikat-syarikat pembekal termasuk Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk menjayakannya melalui penawaran produk dan barangan yang bersesuaian.

"Produk dan barangan yang diperolehi dari pembekal melalui belian pukal atau jaminan belian akan ditawarkan kepada Pelajar dan keuntungan dari hasil tersebut akan dikongsi.

“Melalui kaedah ini Pelajar akan dapat berjimat dan pihak NGO Negaraku akan dapat menyelia platfom ini secara berterusan,” jelas Pengasas KSP Dr Mohd Zamri Noordin selepas majlis Memperkenalkan Platfom dan Program NGO Negaraku Buy & Save-CSR -Smart Partnership Jumaat lalu.

Dr Mohd Zamri Noordin

Jelas Dr Zamri, manfaat berganda dengan lebihan hasil yang diperolehi oleh pihak NGO Negaraku dari penjualan produk akan dikembalikan kepada pelajar melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Program tersebut dijangka bermula pada Jun ini dan pihak kami sedang berunding dengan beberapa pengeluar produk untuk dimasukkan dalam program ini.

“Selain mendapat harga pelbagai barang dengan harga yang murah, pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan juga akan dapat manfaat,” tambahnya.

Untuk rekod, Mobile App NGO Negaraku adalah inisiatif NGO dengan kerjasama pihak swasta yang berurusan sebagai Syarikat Sosial Enterprise ke arah melebarkan kesepakatan dan kerjasama antara Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Koperasi dan Yayasan.

Gabungan ini dibuat menerusi kecanggihan teknologi dan ianya dijayakan secara tertutup dan khusus untuk Ahli-ahli NGO yang berdaftar di bawah Aplikasi NGO Negaraku.

Penggunaan Aplikasi NGO Negaraku ditawarkan secara percuma bagi memastikan semua NGO akan dapat berfungsi dan bergerak maju ke hadapan mengikut keperluan dan situasi semasa.

IPTA, Mobile App, NGO Negaraku

Artikel Lain