suria

Kalau dia boleh undilah bagi saya jatuh, kata Tun M kepada TMJ

Tun M membalas kenyataan TMJ mengenai pertukaran perdana menteri.

TUN Dr Mahathir Mohamad menegaskan hanya rakyat mempunyai kuasa untuk menukar perdana menteri.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam sebuah video yang dalam nada berseloroh menyebut perdana menteri patut ditukar.

"Dia (TMJ) bukan orang besar. Dia orang kecil. Kalau dia boleh undi, undilah lah bagi saya jatuh.

"Hanya rakyat yang boleh tukar saya dengan undi mereka," katanya pada sidang media di Beijing sebelum berlepas pulang ke ibu negara pada Ahad.

Difahamkan klip video itu dirakam ketika Tunku Ismail beredar meninggalkan Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium di Larkin, Johor selepas pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) tewas 1-0 kepada Shandong Luneng pada perlawanan Kejuaraan Liga AFC pada malam Rabu lalu.

Klip video yang tular di media sosial itu memaparkan Tunku Ismail menyebut: "Daripada tukar Mora baik tukar perdana menteri."

Mora yang dimaksudkan dipercayai Benjamin Mora, iaitu jurulatih JDT.

Dr Mahathir tiba di sini pada Rabu untuk lawatan kerja selama lima hari dan menghadiri Forum Jalur dan Laluan bagi Kerjasama Antarabangsa Kedua.

Beliau dijangka tiba di Kuala Lumpur petang Ahad.

Tun M, TMJ, perdana menteri

Artikel Lain