suria

Mazlan Mansor Timbalan Ketua Polis Negara baharu

Muhyiddin (kiri) menyerahkan surat pelantikan kepada Mazlan di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, Isnin. Foto The Star

PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu.

Bekas Ketua Polis Selangor itu menerima surat pelantikannya daripada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada Isnin.

Pelantikan Mazlan berkuat kuasa pada 9 Mei lalu.

Beliau menggantikan Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, yang bersara pada 17 Mac.

Pelantikan itu susulan Datuk Seri Abdul Hamid Bador menjadi Ketua Polis Negara yang baharu pada 4 Mei.

Turut hadir pada majlis pelantikan tersebut adalah Abdul Hamid dan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim. - The Star






Mazlan Mansor

Artikel Lain