suria

Khoo Kay Kim meninggal dunia

Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim meninggal dunia pada Selasa.

TOKOH akademik dan sejarawan negara, Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim meninggal dunia kira-kira pukul pukul 10.45 pagi, Selasa.

Beliau yang berusia 82 tahun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), menurut posting di Facebook bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Profesor Datuk Dr Awang Sariyan.

"Negara kehilangan tokoh sejarah yang tiada tolok bandingnya apabila Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim yang meninggal dunia pada pagi ini di Pusat Perubatan UM.

"Semoga muncul tokoh seperti beliau dalam bidang akademik dan sejarah negara. Takziah kepada puteranya Eddin Khoo dan anggota keluarga yang lain,"  tulisnya dalam posting tersebut.

Perkara itu turut disahkan oleh anak perempuannya, Rubin Khoo menerusi laman Instagram.

Khoo Kay Kim, meninggal dunia

Artikel Lain