suria

Hentak cermin kereta guna parang, dua pembuli jalan diburu polis

Pemandu kereta Honda Civic dilihat menghayunkan parang ke cermin kereta mangsa.

DUA pembuli jalanan yang mengugut seorang pengguna jalan raya menggunakan sebilah parang dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Johor Bahru petang Isnin kini diburu polis.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata siasatan sedang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) untuk mengesan kedua-dua suspek.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih ganas! Selepas kes Abang Botak, seorang lagi pembuli jalan dirakam hayun parang ke cermin kereta mangsa

“Usaha mengesan sedang dilakukan. Insya-Allah dalam masa terdekat, kita akan dapat dia (suspek) kerana apabila kita melakukan sesuatu melampaui apa yang dikehendaki, (maka) kita perlu bertindak mengikut undang-undang,” katanya ketika ditemui pemberita semasa melakukan lawatan ke Larkin Sentral, Johor Bahru sempena sambutan Aidilfitri pada Rabu.

Satu rakaman video berdurasi lebih seminit yang menunjukkan dua lelaki keluar dari kereta dinaikinya dan menunjukkan isyarat lucah kepada seorang pengguna jalan raya tular di media sosial sejak petang Isnin.

Menerusi rakaman itu, pemandu kereta jenis Honda Civic turut menghentak cermin hadapan kenderaan pengguna tersebut menggunakan sebilah parang.

Kejadian dipercayai berlaku kerana ketidakpuasan hati selepas suspek tidak diberi ruang untuk memotong dalam keadaan jalan sesak.

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan