KELUARGA bayi 10 bulan yang menjalani pembedahan di London, United Kingdom (UK) bagi membuang ketumbuhan di mulutnya, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin terpaksa menangguhkan hasrat untuk pulang ke Malaysia buat sementara waktu. Dilaporkan, keluarga Ainul Mardhiah sepatutnya menaiki penerbangan dari London pada pukul 9.35 malam Isnin (waktu United Kingdom) dan dijangka tiba di Malaysia pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Berjaya! Tumor 200g dikeluarkan dari mulut Ainul Mardhiah, "Perjalanan yang cukup emosi..." - Dr Amalina ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa terasa hati, Ainul dirawat di UK dipertikai “Terima kasih semua, saya sangat sedih... kalaulah boleh cerita A-Z apa yang kami lalui” ARTIKEL BERKAITAN: “Dia ikhlas, bukan untuk 'cover' sebarang kritikan” - Ibu Dr Amalina dedah kenapa dia menangis, kongsi apa berlaku di sebalik rawatan Ainul Mardhiah di UK Ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi berkata, keputusan tersebut dibuat bagi memastikan anaknya benar-benar dalam keadaan sihat dan bersedia untuk menaiki penerbangan pulang ke tanah air. “InsyaAllah, kemungkinan kami ada berada lama sikit di London untuk pastikan Ainul dalam keadaan yang selesa untuk menaiki penerbangan. “Semua ini rancangan daripada Allah. Kita hanya merancang tapi kita kena sentiasa ingat yang Allah punya perancangan lagi hebat. “Bagaimana hebat pun seseorang manusia tu merancang, tapi Allah jualah yang tentukan mana yang terbaik untuk kita,” kata Nurul Erwani menerusi laman sosial Instagram miliknya, petang Selasa. Nurul Erwani memangku Ainul Mardhiah. Foto instagram _nrlerwani Nurul Erwani berkata, Ainul akan pulang ke tanah air apabila tiba waktunya dan perkara tersebut akan dimaklumkan. Sehubungan itu, dia meminta semua pihak mendoakan kesejahteraan dan kesihatan anaknya serta mempermudahkan urusan mereka sekeluarga. “Saya mama kepada Ainul Mardiah sangat berharap untuk sentiasa doakan anak saya sihat dan bertenaga setiap hari. Ainul sangat suka buat kejutan kepada kami. “Agaknya Ainul dah selesa tinggal di London, Ainul rasa seronok dengan jururawat dekat sini layan Ainul macam puteri,” katanya. Perkongsian ibu Ainul di Instagramnya mengenai hasrat untuk pulang ke Malaysia ditangguhkan buat sementara waktu. Menurutnya, sumber kewangan untuk mereka berada di London masih mencukupi dan berharap agar diberikan ruang untuk menjaga Ainul sebaiknya. “Kewangan kami Alhamdulillah, Allah masih cukupkan lagi dan terus beri rezeki kepada kami. Jangan risau kepada kami,” katanya. Terdahulu, bapa Ainul, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, berkata beliau dan isteri sedang membuat persiapan untuk membolehkan mereka kembali ke tanah air. Ahmad Safiuddin bersama Ainul Mardhiah. Katanya, Ainul Mardhiah mesti stabil dan kuat untuk menempuhi penerbangan jarak jauh dan lama dari London ke Kuala Lumpur. “Alhamdulillah, keadaan Ainul semakin baik. Namun masih perlu dijaga rapi untuk memastikan Ainul sembuh dan kuat. Pengalaman yang lepas, Ainul mendapat jangkitan setelah mengharungi perjalanan yang panjang selama tiga belas jam penerbangan, mudah-mudahan perjalanan pulang kali ini Allah SWT melindungi Ainul dan kami semua. “InsyaAllah, ada rezeki bila Ainul dah betul-betul bersedia nanti, Ainul boleh berjumpa dengan tuan puan semua. Buat masa sekarang, disebabkan Ainul ini terlalu ‘fragile’ (lemah), doktor minta supaya kurang mendedahkan Ainul supaya risiko mendapat jangkitan dapat dikurangkan,” katanya menerusi perkongsian di laman Facebooknya pada Isnin.