suria

Dakwaan rogol pembantu rumah, Exco Perak ditahan polis

Exco itu bagaimanapun menafikan tuduhan berkenaan.

SEORANG Exco Kerajaan Negeri Perak yang dikaitkan dengan kes serangan seksual ke atas pembantu rumah ditahan polis pada Selasa malam.

Penahanan itu disahkan oleh kata Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain.

"Untuk menjalankan siasatan yang adil, kami telah menangkap individu disyaki pada Selasa malam untuk membantu siasatan," katanya.

Terdahulu, seorang pembantu rumah warga Indonesia membuat laporan mendakwa dirogol majikannya, dipercayai pada Isnin.

Sementara itu, Exco berkenaan menafikan tuduhan tersebut.

Menurut kenyataan dari pejabat Exco berkenaan, dia menegaskan tidak pernah melakukan perbuatan yang disifatkan sebagai fitnah itu. - The Star.

 

Artikel Lain