suria

Demam, batuk pada hari kepulangan... ibu Ainul Mardhiah mohon semua pihak bertenang

Nurul Erwani memangku Ainul Mardhiah.

NURUL Erwani Zaidi, ibu kepada Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin mengakui mereka sekeluarga sepatutnya tiba di tanah air pada petang Selasa lalu.  

Namun katanya, penerbangan itu terpaksa ditangguhkan kerana Ainul mengalami demam dan batuk. 

“Memang betul, Ainul sepatutnya dibenarkan pulang ke Malaysia pada 8/7(Isnin) pada 9:30 malam waktu London dan dijangka sampai ke Malaysia pada 9/7(Selasa) pada 5:30 petang waktu Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu kata Ainul Mardhiah buat kejutan, tak jadi pulang ke Malaysia hari ini, “Agaknya Ainul dah selesa tinggal di London”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa terasa hati, Ainul dirawat di UK dipertikai “Terima kasih semua, saya sangat sedih... kalaulah boleh cerita A-Z apa yang kami lalui”

ARTIKEL BERKAITAN: Berjaya! Tumor 200g dikeluarkan dari mulut Ainul Mardhiah, "Perjalanan yang cukup emosi..." - Dr Amalina

“Segala persiapan sudah dilakukan. Doktor di sini sudah benarkan Ainul pulang dan doktor juga sudah check keadaan Ainul pada hari Jumaat dan Ainul sangat baik. 

“Siapa sangka, perancangan Allah Maha Hebat. Kami tak dapat pulang ke Malaysia atas faktor kesihatan Ainul tidak mengizinkan untuk dia berada di dalam kapal terbang.

“Ainul demam dan batuk pada pagi hari Isnin sepatutnya hari kepulangan kami ke Malaysia. Ada hikmah semua ini akan berlaku. Allah pasti tahu apa yang terbaik untuk kami. Ya saya pasti,” tulisnya di Instagram.

Ainul semasa didukung bapanya.

Meskipun bersedih melihat keadaan Ainul,  Nurul Erwani menyifatkan tindakan membawa Ainul ke London sebagai keputusan tepat.

“Siapa yang tak rasa sedih bila anak yang kita kandungkan dalam perut, kita lahirkan sendiri dengan sakit yang kita tanggung sendiri akan menghadapi pelbagai ujian.

“Tapi kesedihan itu semua tidak akan patahkan semangat bila kita dapat tengok anak kita setiap masa, dapat spend time masa bersama dengan anak kita setiap hari. 

“Hampir dua bulan berada di London, membawa Ainul untuk menerima rawatan di London adalah satu keputusan terbaik untuk memastikan Ainul sihat dan dapat diberikan rawatan yang sewajarnya,” katanya.

Keadaan Ainul semakin baik dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, wanita berusia 24 tahun itu memohon semua pihak supaya bersabar, bertenang dan mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.  

“Saya pun sentiasa mengharap dan meminta pada Allah supaya apa yang berlaku pada waktu ini akan memberi sinar bahagia pada saya dan keluarga pada waktu yang mendatang.

“Dan terima kasih pada semua kerana selama ini sentiasa memberi semangat pada kami, doakan yang baik untuk kami, beri pertolongan pada kami. Saya amat hargai.

“Saya harap Tuhan akan membalas semua kebaikan ini dan memudahkan srgala urusan di dunia dan juga di Akhirat nanti. Bercakaplah perkara yang baik baik kerana percakapan kita adalah satu doa,” katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain