suria

Larian amal tawar pakej percutian ke London

PAKEJ percutian ke London menduduki carta teratas cabutan bertuah sempena Legasi Run 2019 yang bakal berlangsung Oktober ini.

Anjuran Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (Legasi) ia merangkumi pakej percutian empat hari tiga malam untuk dua orang itu merangkumi tiket penerbangan dua hala, penginapan, sehari bersiar-siar di kota London dan pengangkutan pergi dan balik ke lapangan terbang di London.

Pengerusi Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (Legasi), Datuk Jefridin Atan berkata, dalam tempoh tiga minggu mencari penajaan, pakej percutian ke London antara hadiah paling bernilai yang diterima setakat ini untuk pemenang cabutan bertuah Legasi Run 2019.

"Banyak lagi hadiah yang bakal diterima untuk dikongsi bersama 3,000 peserta larian," tambah Jefridin.

Legasi Run 2019 yang julung kali dianjurkan I akan berlangsung di Taman Botani Putrajaya pada Ahad 20 Oktober 2019.

Ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu tiga kilometer (km) dengan yuran pendaftaran RM55, manakala 10km pula RM65.

Selain itu, yuran bagi pakej keluarga iaitu ibu bapa dan dua anak berusia 12 tahun ke bawah adalah RM100.

Hadiah bernilai RM800, RM600 dan RM400 bersama trofi bakal dimiliki pemenang tempat pertama hingga ketiga untuk empat kategori larian.

Menurut Jefridin, penganjuran Legasi Run 2019  bertujuan mewujudkan gaya hidup sihat, beriadah sambil beramal, memupuk semangat perpaduan serta mengukuhkan ikatan kekeluargaan bagi melahirkan legasi keluarga dan masyarakat yang berkualiti demi kemajuan dan pembangunan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan menyampaikan hadiah kepada pemenang larian.

Program itu akan turut menyumbang kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom) dan Tabung Bersamamu Media Prima – NSTP Humanitarian Fund.

Turut hadir, Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku pengasas dan penaung kepada Legasi.

Legasi adalah jawatankuasa induk yang menganjurkan program bersifat ilmiah dan advokasi seperti syarahan umum, forum dan bicara negarawan termasuklah negarawan terdahulu hinggalah kini.

Kata Jefridin, setakat ini pihaknya masih mengalu-alukan sumbangan dan tajaan sektor korporat untuk menjayakan program murni ini.

Bagi yang berminat, tarikh tutup penyertaan adalah Selasa 10 September 2019 dan terhad kepada 3,000 peserta sahaja.

Mereka juga berpeluang memenangi cabutan bertuah. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari  www.legasirun.com

Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan www.racexasia.com atau hubungi 019 936 8396 atau 012 9777739.


Legasi, Nasom, London

Artikel Berikut

Bapa dera dua anak ditahan

Artikel Lain