suria

Harga RON97,RON95 dan diesel tidak berubah

Harga baharu minyak bermula Sabtu tidak berubah.

HARGA minyak RON97, RON95 dan diesel  tidak berubah.

Kementerian Kewangan berkata harga RON97 akan kekal pada RM2.49 seliter, manakala RON95 petrol kekal RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter untuk diesel.

Harga minyak ini berkuat kuasa dari 12.01 pagi pada hari Sabtu ( 17 Ogos) hingga 23 Ogos.

"Berdasarkan pengiraan di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit bagi kedua-dua RON95 dan diesel perlu ditingkatkan masing-masing kepada RM2.19 seliter dan RM2.21 seliter.

"Walaupun tiada perubahan untuk RON95, harga diesel turun dari RM2.28 seliter pada minggu sebelumnya," katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Katanya, harga RON95 dan diesel ditutup pada RM2.08 dan RM2.18 seliter masing-masing, berikutan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga bahan api dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Kementerian itu juga menyatakan bahawa anggaran subsidi yang ditanggung oleh kerajaan antara 17 Ogos dan 23 Ogos adalah kira-kira RM47.10 juta.

Mekanisme penetapan harga bahan api mingguan diperkenalkan pada 5 Januari di bawah APM.

Di bawah sistem ini, harga bahan api mingguan diumumkan setiap hari Jumaat dan berkuat kuasa selama seminggu.

Harga minyak, RON97, RON95, Diesel

Artikel Berikut

Artikel Lain