SULTAN Ismail Petra, ayahanda Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan pukul 8.11 pagi Sabtu. Pengumuman kemangkatan Baginda itu dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Kota Darul Naim di Kota Bharu. Beliau berkata, jenazah Baginda akan dibawa ke Istana Balai Besar di sini untuk istiadat penghormatan terakhir dan istiadat pemakaman akan dilangsungkan selepas solat Asar di Makam Diraja Langgar di Kota Bharu. - Bernama