suria

Bantuan Sara Hidup diteruskan! 1.1 juta bujang lebih 40 tahun, OKU penerima kategori baharu

Bantuan Sara Hidup (BSH) akan diteruskan pada tahun depan menerusi Belanjawan 2020. Gambar sekadar hiasan

BERITA baik buat rakyat Malaysia! Kerajaan akan menerusikan skim Bantuan Sara Hidup (BSH) pada tahun depan menerusi Belanjawan 2020.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, peruntukan untuk subsidi dan bantuan sosial akan ditingkatkan daripada RM22.3 bilion untuk 2019 kepada RM24.2 bilion, termasuk bantuan kebajikan seperti BSH.

Menurut beliau, BSH memberikan manfaat kepada 3.9 juta isi rumah pada 2019.

“Kerajaan akan memperuntukkan RM5 bilion untuk BSH dan memperluaskan skim ini meliputi 1.1 juta individu bujang berumur melebihi 40 tahun yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan. 

“Sebagai tambahan, OKU berumur 18 tahun dan ke atas dengan pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan juga layak menerima bayaran BSH,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Parlimen di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Guan Eng berkata, individu bujang berumur 40 tahun ke atas dan OKU layak menerima sebanyak RM300 dan secara automatik menjadi penerima Skim Takaful MySalam secara percuma.

Empat teras menunjangi Belanjawan 2020 adalah memacu pertumbuhan ekonomi dalam ekonomi baharu dan era digital, pelaburan ke atas rakyat meningkatkan keupayaan modal insan, mewujudkan masyarakat bersatu, bersatu, inklusif, saksama dan memulikan institusi dan kewangan awam.

Artikel Lain