suria

Isu darah babi, Ah Cheng laksa buat laporan polis

Laporan polis dibuat di Balai Polis Subang Jaya pada Rabu.

SEBUAH francais laksa tempatan membuat laporan polis berhubung dakwaan penggunaan darah babi dalam kuah hidangan mereka sebagaimana tularnya di media sosial.

Ah Cheng Laksa berkata dapur pusar mereka, yang mana semua makanan untuk cawangan francais itu disediakan telah menerima sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Kami tidak tahu apa niat nak tujuan disebalik posting itu.

"Mungkin ia dilakukan pesaing dengan tujuan menjatuhkan reputasi kami," kata pengarahnya, Goh Chun Hiang dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah Goh, mereka kini dalam proses untuk memohon status halal untuk kesemua cawangan restoran itu.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Subang Jaya pada Rabu.

Terdahulu, Bahagian Hab Halal Jakim menerusi satu kenyataan berkata, premis berkenaan yang didaftarkan atas nama Ah Cheng Laksa Sdn Bhd belum menjadi pemegang sijil itu untuk seluruh rangkaian kedainya.

Nama Ah Cheng Laksa hangat diperkatakan lewat kebelakangan ini susulan tularnya posting di Facebook yang mempersoalkan status halal restoran berkenaan.

Malah, posting tersebut mendakwa juadah yang dihidangkan restoran itu mengandungi campuran darah babi sehingga ia menjadi tular di media sosial. - The Star.

Artikel Lain