suria

Selepas Singapura, sambal belacan Tunku Azizah jadi santapan Sultan Selangor pula... yang pasti netizen makin tak ‘senang duduk’

Tunku Azizah bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-255 di Istana Negara malam Rabu. Turut berangkat Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Foto: Bernama

NAMPAKNYA keenakan sambal belacan hasil air tangan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terus meniti dari bibir ke bibir.

Selepas ‘diimport’ ke Singapura, kali ini hidangan itu mendapat permintaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Abdul Aziz Shah pula.

Perkara tersebut didedahkan oleh Tunku Azizah sendiri dalam laman Twitter baginda pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Wah... selepas burger McJihan jadi ‘fenomena’, Raja Permaisuri Agong dedah ‘bekal’ sambal belacan ke luar negara 

ARTIKEL BERKAITAN: PM Singapura ucap terima kasih kepada Tunku Azizah - “Sambal belacan baginda sungguh istimewa” 

“Hari ini KDYMM Sultan Selangor minta saya sambal belacan,” tulis Tunku Azizah dalam laman Twitter yang menggunakan akaun cheminahsayang.

Sebelum ini, Tunku Azizah membuka rahsia bagaimana sambal belacan yang dihasilkannya menjadi kegemaran bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.

Ciapan terbaru Tunku Azizah buat netizen makin 'tak senang duduk'.

Tunku Azizah menyatakan suatu ketika dahulu baginda adalah ‘pembekal rasmi’ sambal belacan kepada Kuan Yew.

Malahan ujar Tunku Azizah, sehingga kini bekalan sambal belacan masih disiapkan untuk pembesar republik itu kerana ia turut digemari oleh anak lelaki Kuan Yew, yang juga Perdana Menteri Singapura sekarang, Lee Hsien Loong.

“Telah lama saya ingin berkongsi (rahsia) ini dengan rakyat Malaysia. Saya pernah menjadi pembekal rasmi sambal belacan kepada Perdana Menteri Singapura… Datuk Lee Kuan Yew ... dan kini pembekal kepada anaknya, PM Lee,” tulis baginda.

Ciapan terbaru baginda itu sekali lagi membuatkan netizen ‘tidak senang duduk’ di mana rata-ratanya menyatakan keinginan untuk turut sama berpeluang menikmati keenakan sambal belacan yang menjadi buah mulut ramai itu.

Antara komen netizen yang menyuarakan keinginan untuk merasa air tangan Tunku Azizah.

“Maaf Tuanku boleh patik bertanya sedikit? Adakah Tuanku ada juga menjual sambal belacan di mana-mana sebab patik teringin sekali mahu membeli sambal belacan Tuanku,” tulis seorang pelayar yang dikenali sebagai Syahirah.

“Teringin nak rasa air tangan Tuanku sebab ada kawan dari Pahang yang pernah merasa masakan Tuanku masa banjir dulu cakap air tangan Tuanku sedap,” tulis Hazmi.

“Alhamdulillah bila buat air tangan dengan ikhlas, memang jadi perhatian. Pulak siap doa. Fuhhh bila la dapat rasa masakan (tuanku),” tulis Mohd Fahmi pula.

Malah tidak kurang ada juga netizen yang mencadangkan agar baginda berkongsi resepi keenakan sambal belacan berkenaan.

Artikel Lain