suria

“Tak mungkin anak saya dapat berjalan sejauh itu” - Ibu bapa Nora Quorin percaya wujud elemen jenayah

Nora Ann Quorin.

IBU bapa kepada remaja warga Ireland, Nora Anne Quorin yang mayatnya ditemui di Dusun Resort dekat Seremban percaya wujud elemen jenayah dalam kes kehilangannya.

Mayat Nora ditemui dalam keadaan tanpa berpakaian di kawasan lurah berhampiran anak sungai, 2.5 kilometer daripada resort berkenaan pada 13 Ogos lalu.

Meabh dan Sebastian Quoirin memberitahu stesen tv dan radio Ireland, RTE bahawa mereka tidak dapat membayangkan Nora yang mengalami masalah pembelajaran dapat berjalan sejauh itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis nafi dakwaan ibu bapa Nora Anne bersubahat

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki dakwa Nora Anne dirogol orang asli dihadap ke mahkamah

"Bagi kami sesuatu sangat kompleks berlaku. Kami menegaskan dari awal kami percaya ada unsur jenayah terhadap apa yang berlaku," kata mereka dalam satu temu bual yang disiarkan pada Rabu.

Menurut polis, keputusan bedah siasat mendapati Nora mungkin kelaparan dan mati akibat pendarahan dalaman selepas berada di hutan selama seminggu.

Namun ibu bapanya berkata mereka menuntut keadilan terhadap kematian Nora.

"Kami berjuang kerana sukar untuk mendapatkan sumber dengan secepat mungkin untuk menyiasat sudut jenayah," kata mereka.

Nora hilang dari Dusun Resort tidak jauh dari Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu, sehari selepas mendaftar masuk untuk bercuti bersama keluarganya. - AFP

Artikel Lain