suria

Stesen komuter di Bukit Aman? Ini jawab Ketua Polis Negara

Bukit Aman berharap sebuah stesen komuter dibina berdekatan dengan ibu pejabat itu.

BUKIT Aman berharap beberapa permintaannya dari segi logistik akan dipenuhi, termasuk sebuah stesen komuter dengan ibu pejabat polis itu, dengan tambahan kompleks parkir dan dewan serbaguna.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, mereka telah mengenal pasti satu lokasi untuk stesen komuter berdekatan dengan pintu masuk ke Menara 2 di Bukit Aman.

"Saya telah berbincang mengenai perkara itu dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, baru-baru ini.

"Stesen ini akan memanfaatkan lebih 3,000 anggota di Bukit Aman. Pada masa sama, ia juga boleh digunakan oleh anggota daripada agensi-agensi lain, termasuk Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perangkaan," katanya pada sidang media pada Isnin.

Hamid berkata, secara dasarnya Loke bersetuju dengan cadangan stesen komuter dibina dekat Bukit Aman, bergantung kepada kelulusan kerajaan.

Beliau menambah, keperluan untuk sebuah kompleks parkir baharu juga penting kerana masalah tempat letak kereta sering berlaku.

"Siapa yang bekerja di Bukit Aman kena datang seawal pukul 6 pagi untuk mendapatkan tempat letak kereta yang ok.

"Sebuah kompleks parkir yang baharu passti akan menyelesaikan masalah tersebut," katanya.

Hamid juga berkata, Bukit Aman tidak pernah mempunyai dewan serbaguna atau dataran perbarisan dan sering menggunakan tapak parkir untuk menjalankan aktiviti berkenaan. - The Star

Artikel Berikut

Artikel Lain