suria

Pembantu pelajar baling kerusi pada murid hingga kepala benjol ditahan polis

Seorang pembantu pengurusan pelajar telah ditahan kerana didakwa membaling kerusi kayu kepada seorang murid perempuan berusia tujuh tahun sehingga mencederakan kepalanya.

SEORANG pembantu pengurusan pelajar telah ditahan kerana didakwa membaling kerusi kayu kepada seorang murid perempuan berusia tujuh tahun sehingga mencederakan kepalanya.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7 malam semasa sesi ulang kaji pada waktu malam di sekolah rendah di Nanga Nansang, Terkalit, Song pada Rabu.

Timbalan Ketua OCPD Song Rowney Michael Jalak pada Ahad berkata, suspek lelaki yang berusia 35 itu sedang mengawasi kelas dan dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol sewaktu kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh video pelajar dipukul rakan sekelas tular

"Suspek itu menyedari bahawa pelajar-pelajar membuat bising, dia memberitahu mereka supaya berhenti berbuat demikian, tetapi para pelajar hanya mengabaikannya," katanya.

Rowney berkata lelaki itu berang lalu melemparkan kerusi ke arah pelajar yang kemudian mengenai salah seorang daripadanya.

Menurutnya, mangsa mengalami benjolan di kepalanya, dan pulang ke rumah datuknya dua hari kemudian.

"Dia memberitahu datuknya (pengadu) selepas pulang dari asrama pada Jumaat," katanya.

Rowney berkata pengadu kemudian membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Song untuk rawatan sebelum membuat laporan polis pada hari yang sama.

"Berdasarkan maklumat, polis telah berjaya menahan suspek untuk membantu siasatan lanjut," katanya.  - THE STAR

baling, kerusi, alkohol, murid

Artikel Lain