suria

Turun 4 sen RON97, harga RON95 dan diesel kekal

Harga runcit petrol RON97 turun empat sen kepada RM2.49 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa 25 Januari hingga 31 Januari.

HARGA runcit petrol RON97 turun empat sen kepada RM2.49 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa pada 25 Januari hingga 31 Januari.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan berdasarkan pengiraan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu sepatutnya ialah masing-masing RM2.19 dan RM2.26 seliter.

“Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.23 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.33 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 25 Jan sehingga 31 Januari 2020 berjumlah RM49.30 juta. - Bernama

RON97, RON95, diesel

Artikel Lain