suria

Selesai angkat sumpah, Muhyiddin kini secara rasmi PM ke-8

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan Malaysia di Istana Negara.

TAN Sri Muhyiddin Yassin selesai mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan di Istana Negara, Ahad pagi.

Segak memakai baju Melayu hitam dan bersamping songket hitam keemasan, beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah.

ARTIKEL BERKAITAN: Politik semasa: Muhyiddin tiba di Istana Negara untuk istiadat angkat sumpah PM ke-8

Istiadat itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil pada pukul 10.33 pagi.

Muhyiddin sebelum itu tiba di Istana Negara pada 10 pagi.

Muhyiddin sah diangkat sebagai perdana menteri kelapan.

Terdahulu pada Sabtu, Istana Negara mengumumkan Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai perdana menteri kelapan.

Pelantikan tersebut diperkenan Al-Sultan Abdullah dalam satu kenyataan dikeluarkan Datuk Paduka Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin sebentar tadi.

Artikel Lain