suria

Syed Saddiq dakwa cuba hentikan 'mereka' - “Maafkan saya, Malaysia”

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon maaf kerana telah mengecewakan rakyat Malaysia.

KETUA Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon maaf kerana telah mengecewakan rakyat Malaysia.

“Maafkan saya kerana mengecewakan anda.

“Saya sudah cuba. Saya benar-benar sudah cuba menghentikan 'mereka'. Maafkan saya, Malaysia,” tulisnya di Twitter.

Ahli Parlimen Muar itu menulis sedemikian bagi membalas satu tweet yang dihantar oleh seorang pelayar di laman Twitter miliknya pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Armada enggan kerjasama dengan Umno, terus sokong Tun M

ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat gelisah, Syed Saddiq tolak golongan korup - “Saya tak akan kerjasama dengan perasuah, tak setuju dirikan kerajaan dengan mereka”

Pelayar tersebut memberi kata-kata semangat memohon beliau terus memimpin dan memberi inspirasi kepada generasi muda.

Syed Saddiq bagaimanapun menasihati belia Malaysia untuk berpegang teguh kepada prinsip dan memperjuangkan pegangan mereka.

Tweet Syed Saddiq yang memohon maaf maaf kepada Malaysia.

“Sebagai warga belia Malaysia, kita mesti berpegang teguh pada prinsip dan berjuang untuk apa yang kita percaya.

“Apa maknanya jika kita dikelilingi kuasa, tetapi jiwa kita kosong,” tegasnya.

Terdahulu pada Sabtu, Syed Saddiq menyatakan sokongan penuhnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk diangkat sebagai calon Perdana Menteri kelapan.

Tegas bekas menteri belia dan sukan itu, beliau tidak akan sesekali bekerjasama dengan golongan yang terpalit dengan rasuah.

Syed Saddiq, Malaysia

Artikel Lain