suria

Azmin ketuai angkat sumpah barisan Kabinet baharu

Pada Isnin, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan barisan Kabinetnya yang merangkumi 31 menteri serta 38 timbalan menteri.

AHLI Jemaah Menteri yang dilantik pada Isnin mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Melawati, Putrajaya, Selasa petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Zulkifli, lima yang lain angkat sumpah sebagai senator sebelum angkat sumpah jawatan kabinet

Bermula pukul 3 petang, Istiadat Angkat Sumpah dimulakan dengan tujuh anggota Jemaah Menteri.

Mereka merupakan Datuk Seri Mohamad Azmin Ali (Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamad Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kanan - Menteri Pertahanan) dan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Kewangan).

Turut mengangkat sumpah ialah Datuk Seri Fadillah Yusof (Menteri Kanan merangkap Menteri Kerja Raya), Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin (Menteri Kanan merangkap Menteri Pendidikan), Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong (Menteri Pengangkutan) dan Datuk Seri Panglima Maximus Johnity Ongkili (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).

Sesi seterusnya melibatkan tujuh lagi menteri.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Menteri Alam Sekitar) mengetuai kumpulan kedua tujuh menteri kabinet angkat sumpah jawatan di hadapan Agong.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ia diikuti Datuk Seri M. Saravanan (Menteri Sumber Manusia), Datuk Seri Rina Mohd Harun (Menteri Wanita dan Keluarga), Datuk Dr Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Menteri Pertanian dan Industri Makanan) dan Datuk Seri Mustapa Mohamed (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).

Sesi ketiga melibatkan Datuk Seri Hamzah Zainudin (Menteri Dalam Negeri), Datuk Saifuddin Abdullah (Menteri Komunikasi dan Multimedia), Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Menteri Pembangunan Luar Bandar), Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Menteri Belia dan Sukan) dan Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (Menteri Tenaga dan Sumber Asli)

Kumpulan keempat mengangkat sumpah dimulakan dengan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Luar), Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara), Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan) dan Datuk Alexander Nanta Linggi (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna)

Kumpulan kelima mengangkat sumpah bermula dengan Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Datuk Seri Nancy Shukri (Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan), Datuk Takiyuddin Hassan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi) dan Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Datuk Halimah Mohamed Sadique, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

31 menteri yang dipecahkan dalam lima kumpulan selesai mengangkat sumpah sekitar 3.40 petang.

Sejurus selesai 31 Menteri Persekutuan, ia disambung dengan sesi angkat sumpah melibatkan timbalan menteri, dipecahkan dalam enam kumpulan keseluruhan.

Kumpulan keenam Istiadat Angkat Sumpah dimulakan dengan Datuk Eddin Syazlee Shith (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)),Datuk Dr Sharuddin Md Salleh (Timbalan Menteri Kerja Raya), Datuk Kamaruddin Jaffar (Timbalan Menteri Luar), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Timbalan Menteri Pertahanan), Muslimin Yahaya (Timbalan Menteri Pendidikan)dan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (Timbalan Menteri Kesihatan)

Kumpulan tujuh dimulakan dengan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Datuk Rosol Wahid (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Jonathan Yasin (Timbalan Menteri Dalam Negeri), Datuk Seri Dr R. Santhara Kumar (Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan), Datuk Mansor Othman (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) dan Ali Biju (Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli).

Kumpulan lapan dimulakan dengan Willie Mongin (Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi), Datuk Abd Rahim Bakri (Timbalan Menteri Kewangan), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar), Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Timbalan Menteri Dalam Negeri) dan Mohd Shahar Abdullah (Timbalan Menteri Kewangan).

Kumpulan sembilan menampilkan Datin Mastura Mohd Yazid (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)), Datuk Seri Ahmad Hamzah (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan), Datuk Zahidi Zainul Abidin (Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia), Datuk Henry Sum Agong (Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar), Datuk Aaron Ago Dagang (Timbalan Menteri Kesihatan) dan Hasbi Habibollah (Timbalan Menteri Pengangkutan).

Terdahulu pada sebelah pagi, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan lima senator lain mengangkat sumpah di Dewan Negara.

Istiadat berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.

Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S.A. Vigneswaran di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.

Zulkifli akan memegang portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).Sementara itu bekas Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan menerajui Kementerian Kewangan.

Empat senator lain ialah Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Mah Hang Soon (Timbalan Menteri Pendidikan I) dan Naib Presiden MCA Datuk Lim Ban Hong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa.Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad (Timbalan Menteri Alam Sekitar); dan Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa ARMADA Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Timbalan Menteri Belia dan Sukan).

Pada Isnin, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan barisan kabinetnya yang merangkumi 31 menteri serta 38 timbalan menteri.

Artikel Lain