suria

Anggota Kabinet angkat sumpah 3 petang ini

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin mengesahkan upacara mengangkat sumpah jawatan menteri kabinet akan berlangsung pada pukul 3.00 petang ini. Foto: The Star

UPACARA mengangkat sumpah jawatan menteri kabinet di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berlangsung pada pukul 3.00 petang Selasa.

Upacara berkenaan akan dilakukan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertempat di Istana Melawati, Putrajaya.

Perkara itu disahkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya! Muhyiddin umum senarai Kabinet baharu, tiada TPM

"Ya, ia akan diadakan pukul 3 petang di Istana Melawati di Putrajaya hari ini (Selasa)," katanya ketika dihubungi.

Beberapa menteri yang baru dilantik, ketika dihubungi pada pukul 11 ​​pagi  berkata mereka sedang dalam perjalanan ke Istana Melawati untuk sesi rehearsal.

Pada Isnin, Muhyiddin mengumumkan barisan kabinetnya yang merangkumi 31 menteri serta 38 timbalan menteri. - THE STAR

Artikel Lain