suria

PM minta sokongan rakyat - “Kerajaan ini bukan kerajaan yang anda undi tapi...”

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin meminta seluruh rakyat Malaysia supaya memberikan sokongan kepada kerajaan semasa berdepan tempoh sukar ini.

"Kita adalah sebuah negara yang berperang dengan kekuatan yang tidak kelihatan. Keadaan yang kita hadapi hari ini belum pernah berlaku dalam sejarah.

"Dan kerajaan ini mungkin bukan kerajaan yang anda undi tetapi saya mahu anda semua tahu bahawa kerajaan ini prihatin terhadap semua.

"Saya menerima jawatan sebagai perdana menteri bukan pada masa terbaik. Saya berdepan krisis politik, ekonomi dan kesihatan pada masa sama.

"Jadi kepada abang-abang dan kakak-kakak, serta anak-anak di negara tercinta ini, sama ada anda Melayu, Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun, orang asal tolong sokong saya dan juga rakan saya dalam Kabinet dan kerajaan," katanya.

Jelas Muhyiddin lagi, barisan kepimpinannya tidak sempurna tetapi cuba melakukan yang terbaik sepanjang menghadapi krisis ini bersama sebagai sebuah negara.

"Insya-Allah kita akan kembali kuat apabila krisis ini berakhir. 

"Saya minta sokongan daripada saudara dan saudari sekalian,marilah kita berganding bahu mengharungi krisis ini bersama-sama," katanya.

Artikel Lain