suria

Rakyat Malaysia di luar negara tempuh kesukaran akibat Covid-19 - “Sangat menakutkan dan menyedihkan”

Keadaan di Times Square di New York, Amerika Syarikat yang lengang akibat wabak Covid-19. Foto Jeenah Moon/Bloomberg

MENYAKSIKAN sendiri kesan penularan wabak Covid-19 di hadapan mata, rakyat Malaysia yang menetap di negara-negara yang terjejas teruk akibat virus itu, merayu agar rakyat di tanah air mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Salah seorang daripada mereka adalah Krishnakumar Kalairasan, 28, yang kini menetap di Itali yang mana lebih 100,000 kes dan 10,000 kematian dilaporkan.

"Apabila kerajaan di sini mengumumkan mereka akan mengenakan perintah berkurung di bahagian utara (Itali), ramai mula melarikan diri ke selatan. Sama seperti semua rakyat Malaysia yang balik kampung ketika PKP diumumkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya minta tolong untuk tempoh 2 minggu ini saja” – Tolonglah! PM rayu ‘stay at home’... jangan balik kampung

ARTIKEL BERKAITAN: Penguatkuasaan PKP lebih tegas...“Sebenarnya ini kemahuan rakyat” - Ismail Sabri

ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian! PM umum lanjutkan tempoh PKP sehingga 14 April

"Kerajaan Itali terpaksa mengemaskini undang-undang mereka semasa perintah berkurung kerana orang ramai masih keluar rumah. Dilaporkan bahawa enam daripada 10 orang melanggar tempoh perintah berkurung," kata Krishnakumar kepada pasukan R.AGE The Star untuk dokumentari pendek.

Krishnakumar berkata, gambaran kenderaan tentera yang membawa keluar mayat dari Bergamo, bandar yang paling terjejas teruk di Itali, begitu menakutkannya.

"Tidak cukup ambulans di sini, jadi mereka terpaksa membawa mayat menggunakan kenderaan tentera.

"Ia seperti perarakan ketika mereka melalui bandar, dan melihat gambaran itu dan mengetahui bahawa anda tidak jauh dari itu dan ia boleh berlaku kepada anda, benar-benar menakutkan dan menyedihkan," kata Krishnakumar, sambil menambah bahawa dia tidak mempunyai pilihan tetapi perlu berada di Itali supaya dia dapat menjalankan tugasnya.

Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memeriksa kenderaan dalam sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua. Foto Bernama

Bercakap kepada R.AGE pada minggu lalu, Lim Pau-Lynn, 35, yang ketika ini berada di Perancis, berkata, masih ramai penduduk mengingkari arahan pihak berkuasa.

Jelasnya, segelintir mereka masih membawa anak-anak mereka keluar bersiar-siar. 

Perancis kini mencatatkan lebih 3,000 kematian dan 20,000 orang dimasukkan ke hospital akibat Covid-19.

"Kita perlu belajar dari Itali dan Jerman. Fikir tentang semua anggota perubatan yang bertugas untuk menyelamatkan nyawa, jadi tolonglah duduk di rumah," tambahnya.

Walaupu wabak Covid-19 diisytiharkan sebagai cabaran terbesar di Jerman sejak Perang Dunia Kedua, Jessie Jue Xi Hong, 23, yang menetap di Berlin berkata, masih ramai orang dilihat berada di jalanan.

Bagaimanapun, apa yang membimbangkannya adalah perkauman dan diskriminasi.

"Ada yang menengking rakan saya 'baliklah ke koronavirus kamu'.

"Pada masa ini saya bukan takutkan virus, tapi saya takutkan orang-orang macam ni. Mereka boleh jadi berbahaya dan saya rasa itu yang perlu difikirkan kami sekarang," katanya.

Petugas kesihatan menjalankan ujian Covid-19 terhadap orang awam. Foto Bernama

Menurut Jue, rakyat Malaysia tidak seharusnya mementingkan diri sendiri, sebaliknya perlu memainkan peranan untuk memutuskan rantaian jangkitan.

"Tolonglah prihatin dan jangan bagi macam-macam alasan dengan kata perkara ni terjadi disebabkan oleh kerajaan. Tidak, ia disebabkan oleh anda.

"Tengok berapa ramai yang balik kampung semasa PKP diumumkan, mereka fikir ia adalah cuti. 

"Berapa banyak kematian yang tidak sepatutnya berlaku bagi memastikan mereka ini berhenti mementingkan diri sendiri, dan hentikan jangkitan?" katanya.

Di Amerika Syarikat, Yani Asari, 38, memberitahu, malah untuk melakukan ujian Covid-19 juga menjadi kesukaran.

Yani yang kini berada di New York berkata, terdapat hampir 80,000 kes dan 2,000 kematian di bandar raya itu.

"Susah nak buat ujian di sini, akses tidak begitu mudah seperti di Malaysia. Anda semua seharusnya bersyukur.

"Di sini, anda akan dengar cerita-cerita orang akan datang ke bahagian kecemasan sebanyak dua kali sebelum mereka menjalani ujian," kata Yani.

Artikel Lain