ASTRO Malaysia Bhd menutup pusat penyiarannya di Bukit Jalil selama dua hari selepas seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19. Bagaimanapun Astro memberi jaminan bahawa perkhidmatan penyiarannya tidak terjejas. "Syarikat itu telah mengaktifkan pelan kesinambungan perniagaan untuk melindungi operasi dan memastikan keselamatan kakitangannya. "Pasukannya kini berpecah merentasi laman web berbeza dengan majoriti besar bekerja dari rumah," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Menurut Astro, kakitangan itu bertugas dalam pasukan pengangkutan jurutera siaran luar di ibu pejabat di Bukit Jalil. Dia juga sedang menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan. Pada masa sama, Astro sedang berusaha mengenal pasti kontak rapat yang berhubung dengan pekerja terbabit. "Sebagai langkah berjaga-jaga, pusat penyiaran kami di Bukit Jalil akan ditutup hari ini untuk proses sanitasi sepenuhnya dan akan dibuka semula pada 8 April," katanya. Astro turut memberi jaminan bahawa pihaknya komited dengan langkah-langkah keselamatan di pejabat untuk memastikan pekerja selamat. "Langkah tersebut termasuk peningkatan kekerapan dan tahap pembersihan pejabat, menyediakan bahan pembasmi kuman, mengalakkan penjarakan sosial di kafe dan dalam lif, mengambil suhu pekerja ketika memasuki premis dan membatalkan rancangan siaran langsung," katanya. - The Star