suria

Tak keruan fikir PKP lanjut hingga Ramadan? Ini hikmah dikongsi UAI – “Bila kita keluar macam-macam pandang... tengok orang pakai ketat-ketat hilang 20 sen”

Dua tokoh ilmuan agama ini mengupas mengenai pengisian atau cara untuk menghadapi Ramadan sekiranya PKP masih berlanjutan.

SUNGGUHPUN kerajaan masih belum membuat keputusan sama ada untuk melanjutkan atau menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 14 April sebagaimana yang dijadualkan, namun orang ramai tetap berharap agar dapat menyambut Ramadan sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.

Malah, tidak kurang juga yang melahirkan rasa terkilan kerana tidak berpeluang menunaikan solat terawih berjemaah di masjid susulan perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan agar mengelakkan perhimpunan dalam tempoh enam bulan hingga setahun.

Persoalan berkenaan dijawab dengan penuh tuntas oleh pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi program berjudul ‘Deme wak mende PKP ning?’ bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang disiarkan secara langsung di platform media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Soalan cepumas Zulkifli kepada UAI, apa nak buat kalau jadi menteri agama Malaysia? Jawapan sempoi tapi padu!

ARTIKEL BERKAITAN: Zulkifli, lima yang lain angkat sumpah sebagai senator sebelum angkat sumpah jawatan kabinet

Terdahulu, Zulkifli bertanyakan pendakwah itu berkenaan bagaimana pengisian atau cara untuk menghadapi Ramadan sekiranya PKP masih berlanjutan.

“Kalau PKP masih berlanjutan sampai Ramadan, ustaz duduk rumah macam mana cara nak hadapi puasa dan mengisi bulan Ramadan,” tanya Zulkifli.

Dalam nada yang penuh santai dan humor, UAI berkata orang ramai tidak perlu berasa aneh atau janggal sekiranya terpaksa menjalani ibadah puasa sewaktu PKP kerana sebenarnya terselit hikmah besar di sebalik apa yang sedang berlaku.

Tengok orang pakai ketat-ketat hilang 20 sen. Kemuadian tertengok pula bibir merah orang, kurang pula 20 sen. Petang pulbini suruh beli timun, tertengok pulak tukang jual timun. Jumlahnya 80 sen habis. Balik rumah, hutang balik dengan Tuhan 20 sen. Jadi bila kita kurung, pahala kita kemas.

USTAZ AZHAR IDRUS

PENDAKWAH 

“Kalau sebut puasa tak ada masalah, lebih baik kita berkurung. Itu kelebihannya dalam bala ada nikmat. Bila kita puasa tak ada PKP, kita keluar… bila kita keluar, macam-macam pandang.

“Tengok orang pakai ketat-ketat hilang 20 sen. Kemuadian tertengok pula bibir merah orang, kurang pula 20 sen. Petang pula isteri bini suruh beli timun, tertengok pulak tukang jual timun. Jumlahnya 80 sen habis. Balik rumah, hutang balik dengan Tuhan 20 sen.

“Jadi bila kita kurung, pahala kita kemas. Orang yang pandang benda ni benda akhirat, dia rasa PKP ni nikmat, akan rasa bertuah sebab tak keluar. Bila tak keluar, mata terjaga,” katanya.

Begitu juga halnya dengan solat terawih di mana menurut UAI, bukan sesuatu yang aneh jika tidak dapat menunaikannya secara berjemaah di masjid.

Dr Zulkifli dan UAI bersiaran langsung menerusi porgram ‘Deme wak mende PKP ning?'

Ujarnya, ini kerana Rasulullah SAW juga ada kalanya menunaikan solat terawih secara bersendirian di rumah baginda. Malah ujar UAI, pada ketika inilah ibu bapa dapat mendidik anak-anak mereka untuk berjemaah bersama-sama di rumah.

“Benda itu biasa. Dulu anak-anak tak sembahyang terawih. Ini kita ada di rumah, hampar sejadah molek-molek di ruang tamu, sembahyang terawih.

“Orang sibuk menggelupur nak pergi masjid, bila ada masjid tak pergi. Berkurung ni kita latih ajar anak terawih, ajar anak tazkirah.. cuma tak leh iktikaf di rumah.

“Namun ulamak dah kata, bila kita selalu buat perkara itu (iktkaf) dan tiba-tiba ada uzur syarie iaitu uzur yang diterima syarak, kita duduk rumah pun niat nak iktikaf tapi dihalangi uzur, pahala sama macam iktikaf,” jelasnya.

Artikel Lain